aku mahu berlari semahu aku.
biar sampai ke hujung dunia sekalipun.
biar sampai kaki aku tidak lagi jejak ke bumi.
biar sampai aku tidak rasa aku punyai kaki lagi.
aku mahu berlari semahu aku.
biar aku lemas kurangnya udara.
biar aku hilangnya tenaga.
aku bosan berjalan tenang.
dunia perlakukan aku lebih dari boneka jalanan.
meratah hati serakusnya.
kejam.
biarkan aku berlari.
ini mahu aku.
dan jangan kejar aku.
No comments:
Post a Comment