28/06/2011

berlari...

aku mahu berlari semahu aku.
biar sampai ke hujung dunia sekalipun.
biar sampai kaki aku tidak lagi jejak ke bumi.
biar sampai aku tidak rasa aku punyai kaki lagi.

aku mahu berlari semahu aku.
biar aku lemas kurangnya udara.
biar aku hilangnya tenaga.

aku bosan berjalan tenang.
dunia perlakukan aku lebih dari boneka jalanan.
meratah hati serakusnya.
kejam.

biarkan aku berlari.
ini mahu aku.
dan jangan kejar aku.

10/06/2011

rindukan kamu




aku tahu aku tidak lagi punya hak untuk rindukan kamu ;
tapi aku memang rindukan kamu ;
biarpun kamu x lagi rindukan aku..

setiap hari aku ingat kamu ;
setiap hari aku tengok inbox message ;
aku harap kamu akan message aku..

bila aku balik ;
aku tak dapat halang anak mata aku untuk cari kelibat kamu ;
biar cuma bayang kamu..

aku tahu aku sudah ada dia ;
tapi aku semacam lebih sayangkan kamu ;
biarpun kamu x tahu..

kalaulah kamu boleh baca semua ini;
betapa aku mahu kamu tahu ;
AKU CINTA KAMU !

mungkin kamu juga sudah punya 'dia' ;
yang boleh jaga kamu lebih baik dari aku ;
tapi aku x rasa 'dia' boleh tandingi kasih aku..

kamu ;
aku serious rindu kamu ;
aku tak main2 ;
temanilah aku walau cuma seketika ;
walau cuma dalam mimpi..

08/06/2011

perempuan atau betina


aku lihat kau tiada celanaya,
kau aku,
kita serupa.

kau perempuan,
begitu jua aku,
kita sama,
punya naluri wanita.

tapi kau,
perlaku aku seperti bukan kau yang rasa.

mungkin bukan hari ini atau lusa,
tapi aku doakan,
hari aku,
akan jadi hari milik kau jua.

kefahaman aku meruncing,
atau aku yang semakin bodoh,
kau dan dia persendakan aku,
seolah aku tiada.

kau tahu,
wujudnya aku dalam dia,
tapi kau berlagak diva.

hey kau,
tak layak aku panggil perempuan,
jelik lagi nak aku pnggil kau wanita.

hey kau,
lebih serupa betina.

06/06/2011

cam hareem...


i wish lah kan, aku boleh penggal kepala beliau..
mampu x ?

aku dah penat lah...
kalau dulu, u larang i bagitahu public regarding masalah kite..
but then, sekarang ni, u yg buat..bukan i..
pe cer bro ?

then, u boleh cakap i ada orang lain..
hey, please lah~
u ingat i kemaruk sangat ?
i bukan macam u..ok ?

the best part pulak...
yang aku memang suka gila baboon..
is on ur wall tu..
wah !!!!
korang memang macam loving couple lah~
oops, bukan 'macam' tapi memang..
kawan tu mahu extra la der...
yang u setakat jawab 'ok' dah kenapa ?

u memang macam harem !

05/06/2011

pilihan aku

dari berjalan,
pilih aku untuk berlari,
biar penat asal laju,
tinggalkan cerita milik kamu.

dari bercakap,
pilih aku untuk membisu,
biar hati menangis sepi,
sendiri,
dari aku bermonolog sendiri.

dari melihat,
pilih aku untuk membutakan,
biar gelap,
biar sesat,
percaya aku lebih pada mata hatiku.

01/06/2011

cemburu aku


kau agungkan dia,
seperti mahunya aku..

kau sayangkan dia,
seperti dahaganya aku..

kau hargai dia,
seperti angannya aku..

cemburu aku pada 'dia',
tapi bukan mahu aku itu 'kau'..

bahagia bukan milik aku,
belum hari ini,
belum esok..