20/12/2011

Pedih pilu

LIRIK OST OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

* *
4 tahun dahulu, hampir serupa ini.
Setiap kau marah, ini doa aku.
Setiap kau kecil hati, ini juga doa aku.
Tak pernah berubah.
Selama 4 tahun.
Mungkin, masih sampai sekarang juga.

Doa ini aku baca.
Aku hembus dekat pada telinga.
Tanpa kau sedar.
Tanpa kau dengar.
Tapi biar lekat di hati.

4 tahun doa ini.
Mungkin sudah basi.
Buat makin tak menjadi.
**

' Tak semestinya apa yang kita fikirkan benar buat kita adalah benar, dan tak semestinya yang kita fikirkan buruk bagi kita adalah buruk. Hanya Dia yang Maha Mengetahui... '

19/12/2011

Itu aku. Jadi?

Aku baran.
Aku kasar.
Aku cakap ikut suka.
Itu aku.

Tapi.
Aku punya hati juga.
Aku boleh jadi manja.
Aku boleh sopan budi bicara.
Sebab aku tetap manusia.

Tapi.
Kalau lebih kerap aku itu.
Baran.
Kasar.
Cakap ikut suka juga.
Jadinya ?

Aku cuma menjadi aku.

11/12/2011

Senyum

Dah makin tak mahir.
Dah makin bodoh.
Apakah geraknya ke atas mendongak ke langit ?
Atau.
Apakah geraknya ke bawah menunduk ke tanah ?

Aduh.
Dah penat nak mengaduh.
Siapa yang mampu ajar semula ?
Ajar sampai pandai.
Ajar sampai mahir.

Tak aku yakin ada.
Kalau ada sekalipun tak pula aku yakin berjaya.

Susahnya untuk belajar senyum semula !

08/12/2011

Yang kau gelar privasi

Bagai bayi hilang puting.

Bagai lebah hilang madu.

Bagai laut hilang ombak.

Bagai matahari hilang cahaya.

Ini umpamanya bila kau hilang privasi.

Dunia kau umpama sudah tak selamat.
Dunia kau umpama sudah hilang pelangi.
Dan kau seakan pekak, bisu, buta tuli.

Pilih untuk terima.
Atau pilih untuk lari.
Dan menangis.

05/12/2011

Cuma itu

marah aku.
baran aku.
kesal aku.
manja aku.
lemah aku.
kau saja boleh baca.

yang semalamnya.
yang kelmarinnya.
yang esoknya.
tetap itu.
tetap cuma kamu.

04/12/2011

Nafas untuk mati dunia

tahu aku.
kau bukan milik aku lagi.

tahu aku.
kau punya dia.

tapi ini degil aku.
kerana serasi kau.
kita kongsi nafas yang sama.

maaf untuk dia.
henti nafas.
makna mati bagi aku.

cuma mahu sambung nyawa.
kongsi rasa sama.
lepas lelah dada.
bukan perosak jiwa.